Salam to all readers~ =) Semoga kita sentiasa di bawah lembayung rahmatnya. Amin. Alhamdulillah, kita masih lagi boleh bernafas menghirup udara segar di bumi Allah kerana cinta dari-Nya.
Sungai yang mengalir adalah kerana cinta, matahari memancarkan cahaya juga kerana cinta, berlabuhnya malam dan siang membuka tirai adalah kerana cinta. Itulah tanda cinta dari Allah yang membenarkan hamba-hambaNya terus bernafas di muka bumi ini walaupun nikmatnya sering dilupakan, walau seribu kurnia dari-Nya dinafikan, walaupun dirinya sebagai pencipta dipandang enteng oleh hamba-Nya. Semuanya kerana CINTA dari Pencipta alam ini.
Sungai yang mengalir adalah kerana cinta, matahari memancarkan cahaya juga kerana cinta, berlabuhnya malam dan siang membuka tirai adalah kerana cinta. Itulah tanda cinta dari Allah yang membenarkan hamba-hambaNya terus bernafas di muka bumi ini walaupun nikmatnya sering dilupakan, walau seribu kurnia dari-Nya dinafikan, walaupun dirinya sebagai pencipta dipandang enteng oleh hamba-Nya. Semuanya kerana CINTA dari Pencipta alam ini.
Cinta kite kepada Rasulullah S.A.W mestilah melebihi cinta kita kepada manusia biasa walaupun insan itu adalah ibu dan ayah kita. Cinta seharusnya dipupuk dalam-dalam. Andai ada cinta, barulah kita benar-benar dapat merasakan betapa kita menanti-nanti tanggal 12 Rabiulawal. Bukan lagi sekadar kerana sebuah cuti umum yang diadakan dengan pelbagai program mengingati kuputeraan seorang yang ditugaskan menyampaikan risalah Allah, tetapi satu hari teristimewa yang amat dinantikan, untuk dilakukan pelbagai perkara yang mampu membuatkan baginda semakin sayang pada kita semua.Sesungguhnya cinta kita kepada junjugan Agung Nabi Muhammad S.A.W bukanlah hanya sekadar pada tanggal 12 Rabiulawal tetapi rase cinta kita mestilah istiqomah tanpa mengira waktu.
Semestinya perasaan itu tidak mampu hadir serta-merta. Bukan mudah menerbitkan cinta. Bukan mudah juga untuk jatuh cinta. Untuk mencintai, semestinya kita harus mengenali. Bukan cukup kalau sekadar mengenali bibliografi, tetapi harus menganjak jauh mengenali hati budi. Percayalah bahawa, setelah mengenali baginda, terlalu mudah untuk kita jatuh cinta dengan insan agung yang dicintai Allah ini. Peribadinya sahaja sudah cukup membuatkan yang mengenalinya tertawan. Mana tidaknya, akhlak baginda merupakan cerminan al-Quran. Pelbagai kisah menarik yang tercatat dalam sirah yang mampu membuatkan kita tersenyum, merindui kehadiran baginda dalam kehidupan kita. Tambahan pula apabila mengetahui, saat hayatnya, kita semua yang tak pernah diketemuinya ini disebeut-sebut, malah hingga ke akhir hayatnya, baginda masih mengingati umatnya dengan lafaz syahdu.. \"ummati..ummati..ummati...\".
Lafaz selawat "Sallallhu 'ala Muhammad, Sallallahu 'alaihi wasallam" juga mudah dilafazkan dengan getar rasa cinta dalam jiwa. Tiap lafaz dialunkan dengan rasa cinta dan rindu yang cukup mendalam, mengharap syafaat daripada baginda di akhirat kelak. Lafaz ini pastinya dikumat-kamitkan selalu dengan penuh pengharapan supaya nanti saat ketemu di akhirat, kitalah yang diperhatikan baginda saat baginda berpaling melihat umatnya, dengan senyuman terindah. Subhanallah..betapa indahnya!
hiasilah hari-hari hidup kita dengan mengingati Rasullulah kerana x ada yang mampu kita lakukan selain berselawat kepada Baginda bukan hanya mengingati Baginda hanya pada hari-hari tertentu sahaja.Sesungguhnya tidak akan pernah kita dapat mengatasi cinta Baginda kepada kita sehinggakan di akhir nafasNya masih lagi Baginda mengingati ummatNya(kita).Betapa Agungnya cinta Baginda...Subhanallah...
Terkadang hati ini terlalai mengingatimu dan mengamalkan sunnahmu. Berilah syafaatmu kepadaku di hari pembalasan kelak Ya Rasulullah. Ingin sekali aku melihat wajahmu wahai kekasih Allah. Ingin aku berjumpa denganmu. Ingin sekali aku duduk bersama-samamu di taman syurga menikmati minuman dari telaga Al-Kauthar. Ya Allah, selawat dan salam ke atas nabi junjungan mulia, Muhammad s.a.w, kaum keluarga serta sahabat-sahabat baginda.Betapa aku amat merinduimu Ya Rasulullah...
Sekian.....









1 comments:
Sungguh Bermakna !
Follow Me Back... =)
http://akaahaara.blogspot.com/
Catat Ulasan