Anugerah ILahi

Bismillahirrahmanirrahim,


 Salam to all readers~ =) Semoga kita sentiasa di bawah lembayung rahmatnya. Amin. Alhamdulillah, kita masih lagi boleh bernafas menghirup udara segar di bumi Allah kerana cinta dari-Nya.





  Bersyukukur kita ke hadrat ILAHI kerana masih dapat merasa segala kenikmatan yang di pinjamkan pada hari ini walaupun kadang2 kita lupa dan alpa ke atas segala nikmat yang di beri.Jangan kita pandang remeh terhadap nikmat yang di beri kerana walaupun nikmat itu sebesar zarah kita akan terseksa apabila ianya di tarik untuk seketika walaupun hanya beberapa minit.



    Kadang2 ramai di antara kita menyalahgunakan nikmat yang di beri contoh yang paling mudah ialah mata.Sebaiknya gunalah mata untuk melihat KEAGUNGAN ciptaanNYA bukannya melihat maksiat kerana x semua yang beruntung seperti kita, ada juga sahabat kita yang x dapat merasai nikmat ini.Jadi gunalah sebaik mungkin segala nikmat yang di pinjamkan sebelum kita menyesal d kemudian hari dan pepatah juga ada menyatakan SESAL DAHULU ADA MASA DEPAN SESAL KEMUDIAN HIDUP KITA YANG MERANA.



     Kalau nak menyatakan satu persatu nikmat memang tak tertulis kerana terlalu banyak nikmat yang di berikan.Kita sepatutnya bersyukur kerana kita dilahirkan terus mendengar laugan agung iaitu azan bagi lelaki dan iqamah bagi perempuan kerana x semua dikalangan kita dilahirkan sebangai seorang ISLAM.Tapi ada juga di kalangan kita kufur nikmat iaitu dilahirkan sebagai ISLAM tapi apabila dah besar mereka keluar dari agama ISLAM dengan kata lain MURTAD,.ASTAGHFIRULLAH, semoga di perjauhkan dari kotak minda kita untuk MURTAD.


      Bertaubatlah kita selagi masih berpeluang kerana ALLAH sentiasa mengampuni hamba2nya yang bertaubat walaupun dosa kita sebanyak buih di lauatan,sebanyak butiran pasir di padang pasir.


      Bukan nak tunjuk pandai apatah lagi nak tunjuk alim tapi hanya sebangai peringatan dan perkongsian untuk kita bersama. Semoga kita sentiasa di dalam keredhaanNYA.Pengalaman mendewasakan dan mematangkan kita. Jadikan pengalaman kita sebagai benteng di hari esok...

0 comments:

Catat Ulasan